Jun 5, 2007

keMATIan yang hakiki..

Kematian selalu akan bersangkut paut dengan air mata. Airmata itu kadangkala laju, adakala perlahan menuruni denai wajah. Bila teringat sejarah lepas bersama si mati, makin terasa longlainya diri, fikiran dan rasa.


Isteri menangis. Suami melirih hampa. Yang anak merintih. Ini berlaku dalam masyarakat manusia. Yang tahu apa itu emosi. Yang menghargai sebuah ikatan. Ikatan yang terlerai setelah berlakunya kematian.

Urusan Allah "kun fayakun',

....tiada 'delay' dan 'pending'. Segala akan berlaku bila itu yang telah Allah tetapkan. Sebagai hikmah untuk yang masih hidup, kita sahut ia dengan sabar....

"Tuhan lebih sayangkan arwah. Kita ni teruskan lah hidup, banyakkan amalan-amalan berpahala"

--------------------------------

Kematian lawannya kehidupan. Kehidupan ibarat ladang untuk menyemai segala kebaikan, menyubur dan membaja amalan baik. Menjadi orang baik, berbuat baik, menjadi anak soleh, menjadi pelajar yang taat. Tiada langsung istilah jahat, derhaka, maksiat dan sebagainya.

"Jika mahu mendapat emas, perlulah berusaha sungguh-sungguh untuk menang"

Sama juga jika mahu dibalas syurga, jika mahu hidup bahagia, jika mahukan ketenangan....
  • seharusnya kuat melawan nafsu-nafsu jahat
  • ikut apa yang disuruh Tuhan

  • beramal baik dalam setiap perkara

  • menjaga hubungan baik dengan setiap makhluk Tuhan

  • ikhlas dan sebagainya


Banyak perkara yang kita lupa. Bila kematian berlakulah, ada peluang untuk kembali pada "turning point", hisab dan tanya diri, "apakah sudah cukup amalan untuk dibawa mati"

Kita tak tahu bila Tuhan akan mengambil nyawa. Yang kita diingatkan, buatlah apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Diumpamakan hatta sebesar biji sawi, amalan itu dinilai Tuhan.

Itu adalah motivasi kepada kita untuk terus melakukan kebaikan di mana saja, pada siapa saja dan di setiap masa. Kata bijak pandai, "guna masa yang ada denagan kebaikan, agar tak menyesal kemudian hari"

Allahu a'lam

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)" al-a'raaf:201

---------------------------------
Sepetang yang lewat. Ada panggilan dari Bonda. Bapa saudara dan seorang sepupu saya telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalanraya. Keduanya meninggal dunia. Semoga Allah menerima kedua mereka dengan peluk kasih, diampun dosa dan disinar dengan rahmatNya. ~Al-fatihah~

[Diri tergamam. Fikir terus tentang kematian. Saat kita semua: Bila? Di mana?]

No comments: